awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia didakwa guna 58 cek palsu lebih RM2 juta

Bernama
Bernama
27/05/2024
11:00 MYT
Bekas kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia didakwa guna 58 cek palsu lebih RM2 juta
Seorang bekas kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas 58 tuduhan menggunakan cek palsu berjumlah lebih RM2 juta milik kesatuan itu, dua tahun lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 58 tuduhan menggunakan cek palsu berjumlah lebih RM2 juta milik kesatuan itu, dua tahun lepas.
Murni Azlina Yurdeksi, 38, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Wanita itu didakwa menggunakan 58 keping cek RHB Bank Berhad berjumlah lebih RM2 juta milik KRM, yang mana beliau mengetahui tandatangan pada cek berkenaan adalah palsu, yang dilakukan di bank RHB di Wholesale City, Dang Wangi di sini, antara 5 Jan hingga 19 Okt 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Haniff Ahijman dan Raihana Abdul Razak, menawarkan jaminan sebanyak RM350,000 bagi semua pertuduhan serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam M Vijay Kumar yang mewakili tertuduh, memohon jaminan yang ditawarkan pendakwaan dikurangkan kerana anak guamnya mempunyai empat orang anak dan mengalami penyakit tiroid.
Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 1 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas kakitangan
#Kesatuan Ragbi Malaysia
#cek palsu
#Murni Azlina Yurdeksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan