awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ketua gudang logistik ditahan SPRM

Sinar Harian
Sinar Harian
03/10/2022
23:10 MYT
Bekas ketua gudang logistik ditahan SPRM
Pengarah SPRM Selangor mengesahkan penahanan dan menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.
SHAH ALAM: Seorang bekas ketua gudang syarikat logistik tempatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada Isnin untuk siasatan menerima habuan lebih RM20,000.
Dipercayai habuan itu sebagai balasan membantu sebuah syarikat mendapatkan projek pembekalan tenaga kerja bernilai kira-kira RM5 juta bagi tempoh dua tahun.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan umur lewat 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 6 petang.
"Suspek dipercayai meminta dan menerima wang suapan itu ketika bertugas sebagai ketua gudang bagi tempoh antara 2019 hingga 2021," katanya pada Isnin.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.
"Permohonan reman suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Shah Alam pada jam 9 pagi, esok (Selasa)," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM Selangor
#bekas ketua gudang syarikat logistik
#projek pembekalan tenaga kerja
#Alias Salim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan