awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ketua Pengarah J-KOM dipanggil hari ini di IPD Kajang - KPN

Bernama
Bernama
20/11/2023
02:15 MYT
Bekas Ketua Pengarah J-KOM dipanggil hari ini di IPD Kajang - KPN
Razarudin berkata Mohammad Agus akan memberi keterangan pada 2 petang ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia mengesahkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Mohammad Agus Yusoff akan hadir memberi keterangan hari ini, susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular dan dilaporkan telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Mohammad Agus akan memberi keterangan pada 2 petang ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Beliau berkata selain Mohammad Agus, terdapat lagi beberapa individu lain dijangka akan dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Hanya beliau (Mohammad Agus) dipanggil hari ini manakala Wahab (Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, Penolong Pegawai J-KOM) akan dipanggil dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai individu bergelar "Mr H" yang dikaitkan dengan kes berkenaan, Razarudin berkata ia masih dalam siasatan polis.
Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.
Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#J-KOM
#Mohammad Agus Yusoff
#Razarudin Husain
#IPD Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan