KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Unit Perisikan Luar di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Hasanah Abdul Hamid disahkan meninggal dunia pada jam 1.22 petang Jumaat setelah bertarung dengan penyakit kanser sebelum ini.
Perkara itu disahkan oleh peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang pernah mewakilinya dalam satu kes mahkamah sebelum ini.
Menurut Mohd Khairul, jenazah Hasanah yang meninggal dunia pada usia 66 tahun bakal dibawa ke Surau Al Ikhwan, Desa Pinggiran Putra untuk dimandikan pada jam 3 petang.
"Upacara pengebumian dijangka diadakan di Pusara Taman Raudhatul Jannah pada tempoh waktu selepas solat Asar.
"Maklumat lanjut mengenai keadaan penyakit dihadapi Allahyarham Datuk, saya tidak tahu," katanya kepada Sinar Premium dalam satu mesej aplikasi WhatsApp ringkas.
Pada 25 Oktober 2018, Allahyarham Hasanah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, JPM, di Putrajaya, antara 30 April hingga 9 Mei 2018.
Bagaimana pun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan unit perisikan luar di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu daripada pertuduhan berkenaan.
Pesuruhjaya Kehakiman (JC), Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Hasanah supaya dibebaskan daripada pertuduhan tersebut setelah tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari.
Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 05 2023
Pemergian Hasanaj (gambar) disahkan oleh peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang pernah mewakilinya dalam satu kes mahkamah sebelum ini. - Sinar Harian
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
Bekas Ketua Perisik Luar meninggal dunia akibat kanser
Bekas Ketua Perisik Luar Datuk Hasanah Abdul Hamid disahkan meninggal dunia pada jam 1.22 tengah hari Jumaat setelah bertarung dengan kanser.