awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ketua Polis Perak Tan Sri Yuen Yuet Leng meninggal dunia

Bernama
Bernama
01/10/2015
06:17 MYT
Bekas Ketua Polis Perak Tan Sri Yuen Yuet Leng meninggal dunia
Mendiang meninggal di rumah anak perempuannya di The Mines, Seri Kembangan dan mayatnya akan ditempatkan di Xiao En Centre, Cheras. - Foto Ipohworld.com
Tan Sri Yuen Yuet Leng yang turut memainkan peranan penting sehingga tercapai Rundingan Damai Haadyai pada 1989 yang membawa kepada pembubaran dan peletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM), meninggal dunia pagi tadi kerana sakit jantung.
Beliau berumur 88 tahun.
Isteri mendiang, Puan Sri Linda Yuen, 68, berkata suaminya meninggal di rumah anak perempuan mereka di The Mines, Seri Kembangan dan mayatnya akan ditempatkan di Xiao En Centre, Cheras.
Yuen dikatakan tidak sihat sejak beberapa tahun lalu.
Mendiang meninggalkan dua orang anak perempuan dan dua orang cucu.
Yuen merupakan bekas pegawai cawangan khas yang sering 'diburu' pihak komunis semasa dan selepas zaman darurat serta bertugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak mulai 1981 sehingga beliau bersara pada 1984. Sebelum itu beliau menyandang jawatan Ketua Polis Perak pada 1975.
Mendiang yang dilahirkan di Larut Matang, Perak menyertai pasukan polis pada 1950 ketika berumur 23 tahun. Sebahagian karier beliau bertumpu kepada tugas sebagai pegawai cawangan khas di zaman darurat.
Yuen bersama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor telah memainkan peranan penting dengan pergi ke China untuk bertemu dengan pemimpin PKM seperti Chin Peng, Abdullah C.D dan Rashid Maidin, sehingga akhirnya tercapai Rundingan Damai Haadyai yang menyaksikan pembubaran PKM.
Beliau turut menghasilkan dua buah buku mengenai pengalamannya bertugas dalam pasukan polis yang bertajuk 'Operasi Ginger' pada 1998 dan 'Nation Before Self' pada 2008.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Perak
#Linda Yuen
#Rundingan Damai Haadyai
#Tan Sri Yuen Yuet Leng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan