SHAH ALAM: Bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan memalsukan dokumen sebut harga bagi beberapa kenderaan dalam ujian pelanggaran, enam tahun lepas.
Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim, 47, didakwa memalsukan dokumen sebut harga daripada beberapa syarikat bertujuan bagi pembekalan 16 kereta dari Thailand ke Makmal Ujian Perlanggaran MIROS di Bukit Katil, Ayer Keroh, Melaka, dengan niat supaya dokumen palsu tersebut digunakan untuk menipu.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Taman Kajang Sentral, Kajang, dekat sini pada 24 Julai 2017.
Pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamry menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat pada setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Bagaimanapun, peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya dibenarkan diikat jamin RM20,000.
"Tertuduh bersedia menyerahkan pasport kepada mahkamah dan lapor diri (di pejabat SPRM berdekatan). Selain itu, tertuduh memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan," katanya.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM Putrajaya pada hari pertama bekerja pada setiap bulan.
"Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menghadiri setiap sebutan dan bicara kes tersebut serta dilarang berhubung dengan mana-mana saksi pendakwaan secara langsung dan tidak langsung.
"Selain itu, tertuduh juga tidak dibenarkan mengakses mana-mana komputer dan dokumen di tempat kerja (MIROS)," katanya.
Mahkamah menetapkan 21 Nov untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2023
Khairil Anwar didakwa memalsukan dokumen sebut harga daripada beberapa syarikat bertujuan bagi pembekalan 16 kereta dari Thailand ke Makmal Ujian Perlanggaran MIROS. - Foto Bernama
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Bekas KP MIROS mengaku tidak bersalah palsukan dokumen
Bekas Ketua Pengarah MIROS didakwa atas empat pertuduhan memalsukan dokumen sebut harga bagi beberapa kenderaan dalam ujian pelanggaran.