awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas MB Perlis akan didakwa lagi esok

Sinar Harian
Sinar Harian
11/04/2023
07:38 MYT
Bekas MB Perlis akan didakwa lagi esok
Azlan (foto) dijangka dituduh berdasarkan jemputan liputan media yang dikeluarkan oleh SPRM. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang didakwa atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis akan dituduh sekali lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kes pengubahan wang haram (AMLA), pada Rabu.
Azlan, 65, dijangka dituduh berdasarkan jemputan liputan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Selain ahli politik itu, seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif, sebuah institut automotif turut dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan kes berasingan.
“Dimaklumkan, SPRM telah mendapat izin mendakwa dua individu bagi kes berasingan pada ketetapan pada jam 9 pagi, 12 April.
“Sehubungan itu, wartawan dan jurugambar dijemput untuk membuat liputan pertuduhan ini,” kata kenyataan berkenaan.
Pada Isnin, Azlan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu perjalanan ke luar negara berjumlah RM1.185 juta dari 2013 hingga 2017 ketika mentadbir negeri itu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Azlan Man
#pengubahan wang haram
#AMLA
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan