awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan

Bernama
Bernama
26/06/2023
05:13 MYT
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
LC berkata pelantikan Anifah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu susulan kekosongan jawatan berkenaan sejak pertengahan tahun lepas. - Gambar fail
LABUAN: Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
LC dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu susulan kekosongan jawatan berkenaan sejak pertengahan tahun lepas.
Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Labuan merangkap Setiausaha PKR Sabah Simsudin Sidek akan bergandingan dengan Anifah dalam barisan baharu sebagai Timbalan Pengerusi.
Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Rosida Jaafar mengekalkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah LC sehingga 6 Okt 2025.
Ahli perniagaan Datuk Seri Liew Shan Wen juga dilantik seorang daripada ahli lembaga LC.
Timbalan Ketua UMNO Labuan Datuk Bashir Alias dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat LC dan Ketua Wanita UMNO Labuan Niswati Tarji seorang daripada ahli majlis itu.
Baki empat jawatan ahli majlis itu masih belum diumumkan.
Jawatan timbalan pengerusi majlis telah dibatalkan bagi penggal 2023-2025 ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#Pengerusi Perbadanan Labuan
#pelantikan
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan