awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Mufti Melaka Mohd Yunus meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2022
02:10 MYT
Bekas Mufti Melaka Mohd Yunus meninggal dunia
Allahyarham dilapor meninggal dunia pada usia 93 tahun kira-kira jam 10.30 malam di rumah anaknya. - Foto Facebook/Jabatan Mufti Negeri Melaka
KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Melaka, Datuk Mohd Yunus Mohd Yatim meninggal dunia, di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Allahyarham dilapor meninggal dunia pada usia 93 tahun kira-kira jam 10.30 malam di rumah anaknya.
Mufti Melaka, Datuk Halim Tawil yang dihubungi berkata, solat jenazah akan diadakan di Masjid Al Wahhab Permatang Duyung selepas solat Jumaat dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hang Tuah, Duyung.
Menurutnya, Allahyarham seorang agamawan yang berpengalaman luas dalam pentadbiran Islam dan telah memberi sumbangan besar kepada negeri.
“Beliau seorang yang sangat berpengalaman dalam pentadbiran Islam, mempunyai ketinggian ilmu dan berakhlak mulia ketika berkomunikasi dan berurusan dengan masyarakat.
“Walaupun beliau telah bersara pada 1999 namun sumbangannya kepada masyarakat begitu banyak.
“Kerjaaan negeri mengucapkan tazkiah kepada ahli keluarga Allahyarham,” katanya.
Anak ketujuh daripada dua belas beradik itu dilahirkan di Kampung Kandang, Batu 5, Melaka.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kandang dan Sekolah Al-Khairiyah Air Molek sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Al-Nurian Paya Rumput, Sungai Udang.
Beliau dilantik sebagai Kadi Tetap pada1968 dan memangku Kadi Besar Melaka pada 1972 sebelum diberi tanggungjawab menjawat jawatan Kadi Besar Wilayah Persekutuan selama enam tahun bermula 1974.
Allahyarham dilantik sebagai Mufti Melaka pada 16 Ogos 1979 sehingga 1999.
Topic Berkaitan
#Datuk Mohd Yunus Mohd Yatim
#solat jenazah
#Mufti Melaka
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan