awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua kru TLDM terlibat insiden helikopter Super Lynx dirawat di ICU, zon kuning
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Naib Presiden MIC dan senator, G.Pasamanickam meninggal dunia

Bernama
Bernama
02/05/2016
07:32 MYT
Bekas Naib Presiden MIC dan senator, G.Pasamanickam meninggal dunia
Mendiang G.Pasamanickam pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Anam dari 1969 hingga 1974.
Bekas Naib Presiden MIC Tan Sri G.Pasamanickam, 94, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Muar, Johor, tengah malam tadi.
Pemimpin veteran MIC itu pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Anam dari 1969 hingga 1974.
Pengerusi MIC Johor, Datuk M.Asojan berkata mendiang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.45 tengah malam.
"Upacara pengebumian akan berlangsung esok bermula pukul 11.30 pagi di kediamannya di No 38, Jalan Ibrahim, Muar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Mendiang yang juga bekas Senator itu pernah berkhidmat di bawah kepimpinan pemimpin MIC tersohor Tun V.T. Sambanthan dan Tan Sri V.Manickavasagam serta menjawat pelbagai jawatan dalam parti termasuk Bendahari MIC dari 1994 hingga 2000 dan Pengerusi MIC Johor dari 1968 hingga 1995.
Beliau juga pernah menjadi Exco Negeri Johor mulai 1974 hingga 1978 dan Pengerusi Maika Holdings pada 1991.
Mendiang meninggalkan seorang isteri Puan Sri Sarasa Pasamanickam seorang anak lelaki, P.Kannan dan anak perempuan P.Sunthari.
Topic Berkaitan
#Bekas Naib Presiden MIC
#G.Pasamanickam
#Johor
#meninggal dunia
#Muar
#sakit tua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan