awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PAT hadapi empat pertuduhan, nekad bersihkan nama - Peguam

Faida Rahim
Faida Rahim
23/01/2026
04:00 MYT
Bekas PAT hadapi empat pertuduhan, nekad bersihkan nama - Peguam
Abdul Aziz (kanan) menegaskan Mohd Nizam nekad menjawab segala pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan membersihkan nama di mahkamah. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Peguam bekas Panglima Angkatan Tentera(PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, Abdul Aziz Hamzah, menegaskan anak guam beliau nekad menjawab segala pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan membersihkan nama di mahkamah.
“Beliau (Mohd Nizam) mahu menjawab pertuduhan ini dan membersihkan nama beliau. Itu sahaja,” kata peguamnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding Mahkamah, hari ini.
Mohd Nizam berdepan empat pertuduhan keseluruhan, dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), satu pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Mahkamah menetapkan 31 Mac sebagai tarikh sebutan seterusnya bagi pengurusan kes, khususnya berhubung pengeluaran atau penyampaian dokumen di bawah Seksyen 451A.
Ditanya mengenai tempoh perbicaraan, peguam tersebut menjelaskan bahawa ia bergantung kepada jadual mahkamah serta kes-kes lain yang sedang berjalan.
“Saya tidak berada dalam kedudukan untuk memberikan anggaran kerana ia bergantung kepada faktor faktor tersebut,” katanya.
Mohd Nizam, yang telah berkhidmat selama 42 tahun dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, turut dikatakan mempunyai beberapa isu kesihatan, namun peguamnya menegaskan perkara itu adalah peribadi dan tidak wajar didedahkan kepada umum.
Mohd Nizam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas tuduhan menggunakan kedudukan bagi suapan dan menerima wang berjumlah RM752,482 serta pecah amanah membabitkan dana RM3 juta.
Mohd Nizam, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua empat tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Hakim Rosli kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM180,000 bagi kesemua pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 31 Mac depan.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#SPRM
#Tan Sri Mohd Nizam Jaffar
#pecah amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan