Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah diarahkan untuk mencincang beberapa dokumen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan berkata, beliau berbuat demikian selepas menerima arahan daripada ketua staf pejabat Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Katanya, beliau menyimpan semua dokumen penting di apartmen sepupunya di Persiaran Tropicana di sini seperti yang diarahkan oleh ketua staf pejabatnya.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-10 perbicaraan bekas Perdana Menteri itu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhammad Shafee: Anda telah menyimpan semua dokumen penting ini di dalam rumahnya (sepupu) dan bukan di rumah anda sendiri. Kenapa begitu?
Amhari Efendi: Saya fikir ada ... menjelang pilihan raya, arahan dari ketua staf adalah untuk mencincang semua doumen yang perlu dicincang, memfailkannya dengan sewajarnya.
"Apabila perlu, berikannya kembali kepada ketua staf supaya dapat difailkan dengan sewajarnya. Itulah cara ia berfungsi. Ia adalah pejabat besar yang semua orang mempunyai kertas sendiri. Dan simpan yang sangat penting supaya selepas pilihan raya, sebahagiannya digunakan semula. Itu adalah arahan.
"Pada masa itu saya sangat sibuk. Saya juga terlibat dengan pilihan raya, kempen, kebanyakan kerja bukan berkaitan ekonomi. Jadi kerja-kerja pilihan raya yang saya lakukan kebanyakannya di rumah saya." Melakukan kempen, mesej media sosial untuk Datuk Seri Najib dan sebagainya dan cara begitulah ia dibahagikan.
"Suatu hari, saya memerlukan bantuan dari sepupu saya, kerana semua orang sibuk dan dia membantu saya dan saya memberitahu dia saya akan mendapatkannya tetapi saya tidak .. Terdapat beberapa kotak sahaja. Kebanyakan bahan pilihan raya, bahan media sosial, berada di rumah saya, tidak relevan dengan serbuan," katanya.
Antara dokumen yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah pelan rasionalisasi 1MDB, butiran percakapan mengenai 1MDB dan e-mel peguam Perbadanan Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) Martin Edelman.
Muhammad Shafee: Ini adalah cara anda menyembunyikan dokumen. Anda memutuskan untuk bekerja dengan SPRM supaya masalah anda akan diperlakukan dengan ringan, atas kesalahan yang jelas anda lakukan. Maksud saya, anda masih tidak didakwa. Ini adalah aksi pukul memukul (tit-for-tat), di mana anda memberikan beberapa maklumat untuk mereka yang akan menyalahkan klien saya.
Amhari Efendi: Saya tidak bersetuju.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, dan juga 21 pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 19 2019
Amhari mendedahkan, beliau telah diarahkan untuk mencincang beberapa dokumen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). - Gambar fail
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.