awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pegawai timbalan menteri 'skodeng' bawah skirt wanita ditahan polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/09/2018
10:29 MYT
Bekas pegawai timbalan menteri 'skodeng' bawah skirt wanita ditahan polis
Imej dari rakaman CCTV yang telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia pada Ahad. - Gambar fail
Polis menahan seorang lelaki berhubung kes merakam menggunakan telefon bimbit dari arah bawah skirt seorang wanita di Publika Solaris Duta Mas, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan di sebuah restoran di ibu negara kira-kira pukul 1 petang tadi.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).
"Pihak polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini kerana masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, satu laporan polis dibuat mangsa yang bertugas sebagai juruoptik mendakwa suspek telah melakukan perbuatan tersebut ketika dia sedang menjalankan pemeriksaan mata terhadap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman.
Suspek juga telah dipecat daripada menjadi pegawai khas Mohd. Azis selepas timbalan menteri itu mengeluarkan satu kenyataan berhubung kes tersebut semalam.
Mazlan turut berharap sekiranya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Azrizal Khairul Abd. Kadir (019-276 9117) atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-404 2233.
BACA: Timbalan Menteri pecat pegawai rakam bawah skirt wanita
Topic Berkaitan
#cabul
#kes polis
#PDRM
#pegawai timbalan menteri
#polis
#rakam video
#skodeng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan