awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu

Bernama
Bernama
18/11/2024
03:00 MYT
Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Tan Sri Idrus Harun, bekas Peguam Negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun adalah antara empat individu yang dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang baharu bagi tempoh dua tahun mulai 1 Nov lepas.
Turut dilantik ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali, bekas Hakim Besar Negeri Sarawak Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Madya Dr Hartini Saripan.
Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dalam kenyataan memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik mereka sebagai ahli suruhanjaya berkenaan mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.
"Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Nov 2024 hingga 31 Okt 2026," menurut kenyataan itu.
Pelantikan baharu itu adalah bagi menggantikan Tun Md Raus Sharif, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datu Abdul Razak Tready dan Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz yang tamat lantikan pada 3 Sept 2024.
Menurut kenyataan itu, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan Md Raus, Suriyadi, Abdul Razak Tready dan Shamrahayu sepanjang tempoh mereka menjadi ahli suruhanjaya tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Idrus Harun
#Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
#Mahkamah Persekutuan
#ahli baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan