awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Wan Hassan, meninggal dunia

Bernama
Bernama
18/04/2019
04:08 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Wan Hassan, meninggal dunia
Jenazah allahyarham Wan Hassan, 68 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherang pada pukul 10.15 pagi ini.
Bekas pemain bola sepak negara, Wan Hassan Wan Ibrahim, meninggal dunia petang semalam di rumahnya di Kampung Cherang di sini, akibat kegagalan fungsi paru-paru.
Jenazah allahyarham Wan Hassan, 68 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherang pada pukul 10.15 pagi ini.
Anak bongsunya, Wan Fadhilah, 38 tahun, berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.30 petang semalam setelah dua tahun menderita lumpuh separuh badan.
"Doktor mengesahkan paru-paru ayah tidak berfungsi dengan baik dan tersumbat dengan kahak yang banyak," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini.
Wan Hassan lumpuh separuh badan sejak pertengahan 2017 dan kesihatannya mulai merosot selain susut tubuh badan bermula awal tahun ini.
Kariernya Allahyarham bermula pada usia 16 tahun selepas mewakili Kelantan untuk skuad Piala Burnley pada 1968.
Kelincahannya selaku perancang di bahagian tengah membolehkan beliau diserapkan ke dalam skuad Piala Malaysia pada 1970 sebelum dipilih menyertai skuad Malaysia B pada pertandingan Pestabola Merdeka setahun kemudian.
Pada 1972 pula, beliau dipilih menyertai skuad utama Malaysia bagi menghadapi kejohanan Piala Raja Thai di Bangkok serta kelayakan Piala Dunia 1972 termasuk mencatatkan keputusan seri ketika berdepan Korea Selatan di Seoul.
Selepas bersara pada 1980, beliau dilantik selaku pengurus pasukan Kelantan selama dua tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lumpuh
#meninggal dunia
#Wan Fadhilah
#Wan Hassan Wan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan