Seorang bekas pemandu teksi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan menerima rasuah RM1,000 daripada seorang pemandu teksi pada 13 Julai tahun lepas.

Tertuduh, Radzali Attan, 55 membayar denda sebanyak RM10,000 seperti yang ditetapkan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Radzali didakwa menerima rasuah RM1,000 daripada Mohd Yunos Wahab sebagai dorongan bagi menyelesaikan kes kesalahan dilakukan pengadu mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Suapan wang tunai diterima di No 74 Lorong Hajah Salamah Off, Jalan Bakar Batu Dalam daerah Muar.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 163 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sprm), Norsyarina Raizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.