awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pengarah Bomba Selangor meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
28/08/2023
03:45 MYT
Bekas Pengarah Bomba Selangor meninggal dunia
Allahyarham Morni menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang pagi ini.
SHAH ALAM: Bekas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat meninggal dunia di Hospital Serdang, di sini pada Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, Morni meninggal dunia di Unit Rawatan Koronari (CCU), hospital berkenaan pada jam 6.45 pagi.
"Dukacita dimaklumkan bahawa Morni telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang pagi ini," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Allahyarham Morni, 56, bertugas di Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM dimasukkan ke Hospital Serdang pada 19 Ogos lalu akibat serangan jantung.
Sementara itu, JBPM dalam kenyataan di Facebook memaklumkan masa dan tempat jenazah Allahyarham dikebumikan akan dimaklumkan kemudian.
"Bersama-sama kita mendoakan semoga urusan pengebumian Allahyarham akan dipermudahkan dan ditempatkan bersama-sama kalangan orang yang beriman serta rohnya dicucuri rahmat," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Morni Mamat
#meninggal dunia
#serangan jantung
#Hospital Serdang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan