awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
8,466 usahawan India terima manfaat program KUSKOP
MALAYSIA
Jadikan semangat tahun baharu 1447H untuk erat perpaduan, bina negara maju - Ahmad Zahid
MALAYSIA
Maal Hijrah 1447 detik permulaan hidup yang lebih diberkati dan bermakna - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Bekas pengarah JKR didakwa terima RM70,000 berkaitan projek penyenggaraan

Bernama
Bernama
26/06/2025
08:20 MYT
Sponsor Banner
Bekas pengarah JKR didakwa terima RM70,000 berkaitan projek penyenggaraan
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima wang berjumlah RM70,000 berkaitan projek penyenggaraan.

Ringkasan AI
  • Bekas Pengarah JKR Kuala Lumpur, Datuk Ir Norman Md Rabani, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan menerima wang berjumlah RM70,000 berkaitan projek penyenggaraan antara Ogos 2024 hingga Januari 2025.
  • Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan termasuk penyerahan pasport, laporan bulanan kepada SPRM dan larangan mengganggu saksi; sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Ogos.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, Datuk Ir Norman Md Rabani, 51, didakwa menerima wang tunai berjumlah RM70,000 dengan tiada balasan daripada seorang lelaki mempunyai kepentingan dengan empat syarikat penyenggaraan bangunan, yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi tertuduh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat beli-belah di sini, antara 10 Ogos 2024 hingga 23 Jan 2025, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat menawarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin serta tiga syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai, melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran setiap awal bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Peguam Abdul Hakeem Aiman merayu jaminan rendah kerana anak guamnya menanggung empat anak berusia antara 16 dan 24 tahun yang masih belajar serta ibu bapa yang memerlukan perbelanjaan ubat-ubatan.
"Anak guam saya bukan ahli perniagaan, sebaliknya penjawat awam yang telah direman empat hari dan memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan.
"Penjamin kepada tertuduh adalah isterinya yang merupakan pensyarah dan sekiranya jumlah jaminan terlalu tinggi, ia akan memberi tekanan kewangan kepada tertuduh dan keluarganya," kata peguam itu.
Hakim Suzana Hussin yang menetapkan sebutan kes pada 20 Ogos ini membenarkan Norman diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta tiga syarat tambahan seperti yang dimohon pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes rasuah JKR
#bekas pengarah JKR
#syarikat penyenggaraan
#Norman Md Rabani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami