awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Murid tahun satu wajar didedah awal aktiviti Pengakap - Nurul Izzah
SUKAN
Projek NTC berjalan lancar, dijangka siap tanpa kelewatan
MALAYSIA
Adabi nafi dakwaan video tular kaitkan pengasas dengan isu penderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Jadikan semangat tahun baharu 1447H untuk erat perpaduan, bina negara maju - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
26/06/2025
14:41 MYT
Sponsor Banner
Jadikan semangat tahun baharu 1447H untuk erat perpaduan, bina negara maju - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata Awal Muharam adalah detik penting untuk bermuhasabah, memperbaharui azam dan memperkukuh semangat untuk terus berhijrah ke arah lebih baik sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara. - Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Sambutan tahun baharu 1447 Hijrah perlu dijadikan iltizam untuk mempererat perpaduan, menyemai nilai kasih sayang dan membina sebuah negara yang aman, maju serta berdaya tahan dalam menghadapi apa jua cabaran.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Awal Muharam adalah detik penting untuk bermuhasabah, memperbaharui azam dan memperkukuh semangat untuk terus berhijrah ke arah lebih baik sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara.
"Insya-Allah, semoga tahun baharu ini membawa limpahan rahmat, keberkatan dan kekuatan buat kita semua agar terus melangkah dengan yakin dan tawakal," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H / 2025M akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), esok.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat menyempurnakan sambutan itu yang bertemakan "Membangun Ummah MADANI".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maal Hijrah 1447
#Ahmad Zahid Hamidi
#perpaduan
#bina negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami