awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Projek NTC berjalan lancar, dijangka siap tanpa kelewatan
MALAYSIA
Adabi nafi dakwaan video tular kaitkan pengasas dengan isu penderaan
MALAYSIA
Sinergi KKM, Exco negeri tumpu pemerkasaan kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

8,466 usahawan India terima manfaat program KUSKOP

Bernama
Bernama
26/06/2025
14:45 MYT
Sponsor Banner
8,466 usahawan India terima manfaat program KUSKOP
Ramanan semasa Majlis Penyerahan Skim Pembiayaan Vahingham kepada Usahawan India di bawah Bank Pembangunan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) hari ini. - Gambar FB Sivamalar Genapathy
KUALA LUMPUR: Sebanyak 8,466 usahawan kaum India menerima manfaat menerusi beberapa program di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
Program berkenaan termasuk Prosperity Empowerment and A New Normal for Indian Women (PENN), Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) dan Skim Pembiayaan Pemerkasaan SPUMI (SPUMI Goes Big).
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan berkata inisiatif yang dijalankan membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkasakan dan menggalakkan kemajuan masyarakat India dalam bidang keusahawanan.
"Ini juga bukti bahawa masyarakat India, khususnya usahawan dari pelbagai latar belakang, tidak dipinggirkan untuk turut sama menikmati arus pembangunan ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Skim Pembiayaan Vanigham kepada Usahawan India di bawah Bank Pembangunan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saidatu Akhma Hassan dan Pengerusi SME Bank Datuk Muslim Hussain.
Menerusi skim ini, SME Bank memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM50 juta bagi memperkasakan perusahaan kecil masyarakat India di negara ini, dengan menawarkan pembiayaan RM100,000 hingga RM300,000 pada kadar faedah rendah hingga 6 peratus yang disubsidi kerajaan, merangkumi pembelian mesin, kenderaan komersial dan modal kerja.
Mengulas lanjut mengenai skim pembiayaan Vanigham, Ramanan berkata SME memperuntukkan lebih daripada pembiayaan asal iaitu RM50 juta bagi skim itu berikutan sambutan menggalakkan.
"Setakat hari ini, jumlah keseluruhan yang telah diluluskan ialah RM140 juta. Walaupun kita buka untuk RM50 juta, kelulusan ialah RM140 juta.
"Saya tahu banyak akan tanya bagaimana wujudnya baki RM90 juta itu. Bagi penerima yang membuat permohonan lebih besar, SME Bank telah meletakkan mereka di satu tempat yang mereka boleh masuk dalam mana-mana program lain di bawah SME Bank," katanya.
Beliau berkata ini merupakan langkah proaktif SME Bank dalam menggalakkan pertumbuhan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di negara ini.
Pada hari ini, sebanyak 20 usahawan yang merupakan kumpulan pertama, menerima skim itu melibatkan peruntukan berjumlah RM2 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skim pembiayaan
#Kuskop
#PMKS
#masyarakat India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami