Mahkamah Sesyen di sini hari ini, melepas dan membebaskan bekas Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor daripada tuduhan mencuri sumbu badak berusia lebih 100 tahun milik Muzium Diraja Johor, pada Oktober tahun lepas.
Hakim Sabariah Atan memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh Yusoff Shariff, 47.
Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan RM5,000 yang dikenakan ke atas tertuduh dikembalikan.
Pada 31 Mac lepas, peguam mewakili tertuduh Datuk Hanif Hassan mengemukakan representasi kepada mahkamah untuk membatalkan kes tersebut.
Yusoff dituduh mencuri sumbu badak itu yang disimpan di bahagian hadapan Muzium Diraja Johor, Bangunan Sultan Ibrahim, tanpa kebenaran sah pada 2.30 petang, 15 Oktober 2015.
Bagaimanapun, ketika dihadapkan ke mahkamah pada 28 Disember 2015, beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, Yusoff boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Yusoff yang kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Ex-Situ di Ibu Pejabat Perhilitan di Cheras, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya.
"Dalam kes ini, saya sebenarnya cuma menjalankan tugas dan berlaku salah faham," katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas tamat prosiding Ahad.
Pendakwaan kes dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Johor, Saiful Edris Zainuddin.
Bernama
Sun Apr 10 2016
Pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap Yusoff. - Foto Bernama
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Bekas Pengarah Perhilitan Johor terlepas tuduhan curi sumbu badak
Yusoff dituduh mencuri sumbu badak itu yang disimpan di bahagian hadapan Muzium Diraja Johor, Bangunan Sultan Ibrahim, tanpa kebenaran sah pada 2.30 petang, 15 Oktober 2015.