awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran pusat beli-belah Pakistan: Angka kematian meningkat 14, puluhan masih hilang
Bomba guna helikopter hantar makanan ke pos Orang Asli terputus hubungan di Gua Musang
'Luluh hati, suami dan dua anak tinggalkan saya selamanya'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pengerusi JPKK mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah

Bernama
Bernama
26/11/2025
06:15 MYT
Bekas Pengerusi JPKK mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah
Bekas Pengerusi JPKK Mat Daling di Jerantut dihadapkan ke Mahkamah atas dua pertuduhan pecah amanah berjumlah RM40,000. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Mat Daling di Jerantut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan wang tunai berjumlah RM40,000.

Ringkasan AI
  • Bekas Pengerusi JPKK Mat Daling di Jerantut dihadapkan ke Mahkamah atas dua pertuduhan pecah amanah berjumlah RM40,000.
  • Mohamed Sahimi Wan Ishak, 63, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.
  • Mahkamah membenarkan Mohamed Sahimi diikat jamin RM5,000 dengan syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 13 Jan 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mohamed Sahimi Wan Ishak, 63, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM40,000 yang diamanahkan oleh wakil sebuah syarikat pembalakan bagi tujuan pembayaran kepada JPKK Mat Daling selaras dengan perjanjian pembalakan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah firma guaman dan pejabat syarikat pembalakan di Jerantut pada 7 Julai 2022 dan 18 April 2023 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ezuain Farhana Ahmad menawarkan jaminan RM10,000 berserta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Ahmad Syamsul Akmar Yusof, yang mewakili tertuduh, pula memohon jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya bekerja sebagai penoreh getah berpendapatan RM800 hingga RM1,000 sebulan dan menanggung isteri berusia 61 tahun.
Mahkamah membenarkan Mohamed Sahimi diikat jamin RM5,000 beserta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 13 Jan 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Bekas Pengerusi JPKK
#pecah amanah
#Mat Daling
#Jerantut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan