awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penjawat awam didakwa guna dokumen palsu

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
28/02/2023
05:41 MYT
Bekas penjawat awam didakwa guna dokumen palsu
Muhammad Farhan ( depan) mengaku tidak berslaah atas tiga pertuduhan memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang bekas kakitangan awam Kerajaan Negeri Johor didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Selasa atas tiga pertuduhan memalsukan dokumen, antara 2017 hingga 2019.
Tertuduh, Muhammad Farhan Salleh, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Bekas kerani Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor itu didakwa menggunakan tiga set dokumen pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama tiga syarikat,
Iaitu FNL Trading, Neosoft Technology Trading dan Ideal Ventures Enterprises, yang dipalsukan.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor di Iskandar Puteri, di sini masing-masing pada Januari 2017, Februari 2018 dan Januari 2019.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama.
Jika sabit kesalahan, Muhammad Farhan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, sekali.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Chan Choon Yew manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 bersama seorang penjamin warganegara tempatan.
16 Mac ini ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#guna dokumen palsu
#Mahkamah Sesyen Johor Bahru
#Dewan Negeri Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan