awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000

Bernama
Bernama
14/06/2024
08:50 MYT
Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000
Hakim kemudiannya membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes dijadualkan 27 Julai ini untuk sebutan semula. - Gambar hiasan
LABUAN: Bekas penjawat awam berusia 38 tahun memohon dibicarakan di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas kesalahan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RMRM335,933 antara Januari 2015 hingga Januari 2016.
Fairuzul Fazillah Musa, yang berasal dari Sarawak, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia di sini.
Mengikut pertuduhan, Fairuzul secara curang mengemukakan beberapa siri borang tuntutan sebagai dokumen tulen dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Joe Randy memohon jaminan sebanyak RM80,000.
Hakim kemudiannya membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes dijadualkan 27 Julai ini untuk sebutan semula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas penjawat awam
#tuntutan palsu
#mahkamah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami