awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kualiti filem, mekanisme dana jadi keutamaaan FINAS
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penjawat awam mengaku salah palsukan dokumen didenda RM7,000

Bernama
Bernama
14/03/2022
05:32 MYT
Bekas penjawat awam mengaku salah palsukan dokumen didenda RM7,000
Dokumen palsu tersebut digunakan tertuduh bagi mendapatkan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK). - Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang bekas penjawat awam didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen tiga tahun lepas.
Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Muslim Mamat, 30, yang dituduh menggunakan Sijil Diploma Reka Bentuk Dalaman atas nama Norfarah Najihah Mamat yang merupakan palsu, di dalam daerah Kuala Terengganu pada 26 Disember 2019.
Bekas juruteknik di Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri itu dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dokumen palsu tersebut digunakan bagi mendapatkan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).
Tertuduh membayar denda tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#dokumen palsu
#mahkamah
#denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan