Kualiti filem, mekanisme dana jadi keutamaaan FINAS

Hans Isaac ketika sidang media pada Program Ceria Ramadan dan Tahun Baharu Cina 2026, pada Isnin. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Penambahbaikan mekanisme penyaluran dana serta peningkatan kualiti kandungan tempatan menjadi antara fokus utama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam memperkukuh industri kreatif negara tahun ini.
Ringkasan AI
- FINAS memfokuskan penambahbaikan mekanisme penyaluran dana dan peningkatan kualiti kandungan tempatan sebagai langkah utama untuk memperkukuh industri kreatif negara.
- Pihak FINAS menetapkan standard yang tinggi sejak awal dengan matlamat mencapai pencapaian 70 hingga 80 peratus bagi merealisasikan hala tuju industri filem tempatan.
- Usaha memperbaharui dasar perfileman negara dan memastikan tayangan filem tempatan lebih adil di pawagam merupakan antara keutamaan FINAS untuk kekal relevan dengan perkembangan industri kreatif.
Beliau berkata, penambahbaikan mekanisme penyaluran dana adalah langkah penting bagi memastikan lebih ramai penggiat industri mendapat peluang, selain menjamin penggunaan dana awam secara berhemah dan menghasilkan kandungan berkualiti.
"Kita tidak mahu memberi dana kepada syarikat tetapi kandungan itu masih mungkin belum ke tahap antarabangsa. Jadi, kami akan pastikan produser eksekutif ditempatkan untuk mengurus dana ini supaya kandungan yang dihasilkan berkualiti tinggi. Apabila membelanjakan wang, ia dilakukan dengan bijak," katanya.
Selain itu, Hans berkata, FINAS turut memberi keutamaan kepada usaha memperbaharui dasar perfileman negara agar kekal relevan dengan perkembangan semasa industri kreatif.
Beliau berkata, FINAS juga sedang berbincang dengan pihak pawagam untuk menambah baik struktur dan proses sedia ada bagi memastikan filem tempatan mendapat peluang tayangan yang lebih adil di pasaran domestik.
Mengulas pelaburan antarabangsa, beliau berkata aspek itu kekal menjadi keutamaan kerana memberi kesan langsung kepada peluang pekerjaan dalam industri kreatif tempatan.
"Apabila pelaburan dibawa masuk ke Malaysia, antara 20,000 hingga 25,000 penggiat industri kreatif mendapat peluang pekerjaan. Jika mereka dapat bekerja sekurang-kurangnya lapan bulan dalam setahun, ia sudah memenuhi matlamat kami," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


