KANGAR: Bekas penolong pegawai tadbir di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Perlis direman tiga hari sehingga 16 Februari hadapan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang hampir RM1 juta daripada institusi itu untuk tujuan peribadi.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Satu Kangar, selepas suspek dibawa ke mahkamah itu pagi ini.
Sumber berkata, suspek berusia 33 tahun merupakan salah seorang daripada dua lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara berasingan jam 5.30 petang di pejabat SPRM Kuala Lumpur dan SPRM Perlis, di sini, semalam ketika diminta hadir memberi keterangan.
"Kedua-dua suspek dipercayai melakukan kesalahan itu dari 2022 hingga tahun lalu di mana suspek dipercayai menggunakan akaun peribadinya serta akaun rakan sekerjanya di IPTS itu yang juga suspek utama dalam kes ini sebagai akaun pindahan wang daripada akaun IPTS berkenaan membabitkan jumlah hampir RM1 juta.
“Dianggarkan lebih 50 transaksi dengan purata nilai sekitar RM20,000 hingga RM30,000 sebulan dipindahkan ke dalam akaun suspek itu.
“Selain itu juga, rakan kepada suspek yang berada dalam lingkungan 30an turut dipercayai menggunakan jawatan sebagai 'Pegawai Khas' kepada Ketua Pegawai Kewangan IPTS itu sebagai kuasa untuk memindahkan wang IPTS itu,” kata sumber.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Suzeliyana Hashim mengesahkan penahanan berkenaan.
Terdahulu, suspek ditangkap di pejabat SPRM Perlis di Kangar jam 5.30 petang semalam selepas diminta untuk hadir membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Feb 14 2024
Bekas penolong pegawai tadbir di sebuah IPTS di Perlis direman tiga hari sehingga 16 Februari hadapan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang hampir RM1 juta daripada institusi itu untuk tujuan peribadi.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Doubles Malaysia tewaskan Thailand, rampas gelaran juara
Hari bersejarah buat sukan sepak takraw negara apabila berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia ISTAF buat kali pertama dalam acara doubles.
Ketua negara beri penghormatan terakhir buat Raisi
Pemimpin-pemimpin dunia dan menteri tertinggi dari pelbagai negara berhimpun di Tehran bagi memberi penghormatan terakhir buat Presiden Iran Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter di sempadan Azerbaijan. Antara figura yang dilihat hadir, Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani, pemimpin-pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan Presiden Tunisia, Kais Saied.
Pelihara sekiranya tidak mahu kehilangan khazanah 'megadiverse' negara
Malaysia merupakan antara negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi berbanding dengan negara-negara seperti Afrika dan Amerika Syarikat dan khazanah yang ada di negara ini harus dinikmati, disayangi dan dicintai demi masa hadapan untuk generasi yang akan datang.
Namun pun begitu, menurut Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan NRES, S.Siva Kumar, dia berpendapat bahawa mungkin orang ramai tidak dapat menikmati khazanah negara untuk jangka masa yang panjang jika orang ramai tidak ambil cakna tentang kepentingan ini.
Namun pun begitu, menurut Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan NRES, S.Siva Kumar, dia berpendapat bahawa mungkin orang ramai tidak dapat menikmati khazanah negara untuk jangka masa yang panjang jika orang ramai tidak ambil cakna tentang kepentingan ini.
Ketua negara beri penghormatan terakhir buat Raisi
Pemimpin-pemimpin dunia dan menteri tertinggi dari pelbagai negara berhimpun di Tehran bagi memberi penghormatan terakhir buat Presiden Iran Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter di sempadan Azerbaijan. Antara figura yang dilihat hadir, Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani, pemimpin-pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan Presiden Tunisia, Kais Saied.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong pada Rabu untuk memulakan lawatan rasmi ke China. Beliau diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis. Ketibaan beliau dan delegasi di hotel penginapan di Hong Kong disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Muhamad Alamin dan pegawai kanan kerajaan.
Polis Melaka tawar diskaun saman 50%
Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun saman sebanyak 50% kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka.
Seleweng hampir RM1 juta, dua bekas staf IPTS ditahan SPRM
SPRM Perlis menahan dua orang bekas kakitangan sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di utara tanah air kerana disyaki menyeleweng wang hampir RM1 juta.
Bekas penolong pegawai tadbir direman bantu siasatan seleweng RM1 juta wang IPTS
Suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan RM1 juta untuk tujuan peribadi.
Dua penjawat awam direman bantu siasatan penyelewengan hampir RM300,000
Mahkamah Majistret Perlis hari ini membenarkan reman selama tiga hari terhadap dua penjawat awam bagi membantu siasatan penyelewengan RM297,734.64.
Pengurus akaun mengaku tidak bersalah pecah amanah libatkan lebih RM2.5 juta
Seorang pengurus akaun mengaku tidak bersalah atas 114 pertuduhan pecah amanah melibatkan wang tunai dan cek bernilai lebih RM2.5 juta.
Peguam didakwa pecah amanah RM1.5 juta
Seorang peguam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM1.52 juta.
Suri rumah dipenjara tujuh bulan sembunyi wang milik pegawai polis
Seorang suri rumah dipenjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah menyembunyikan wang berjumlah RM3,100 milik seorang pegawai polis wanita.
Suami isteri ditahan SPRM kes tuntutan palsu BTN
Sepasang suami isteri menjadi suspek keenam dan ketujuh yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia susulan kes tuntutan palsu di Biro Tata Negara yang membabitkan nilai terkumpul RM600,000.