awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri ditahan SPRM kes tuntutan palsu BTN

Rohana Wahed
Rohana Wahed
01/08/2018
08:53 MYT
Suami isteri ditahan SPRM kes tuntutan palsu BTN
Kedua-dua mereka ditahan pada jam 3 petang semalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Kuching, di sini.
Sepasang suami isteri menjadi suspek keenam dan ketujuh yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia susulan kes tuntutan palsu di Biro Tata Negara yang membabitkan nilai terkumpul RM600,000.
Mahkamah Majistret Kuching membenarkan tahanan reman enam hari terhadap kedua-dua suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap kes yang berlaku sejak dua tahun lalu.
Majistret Mohd Syukri Mokhtar memerintahkan pasangan yang berumur antara 47 dan 53 tahun itu ditahan sehingga Isnin depan.
Kedua-dua mereka ditahan pada jam 3 petang semalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Kuching, di sini.
Pada minggu lepas, SPRM menahan lima individu termasuk Penolong Pengarah Kanan agensi terbabit dan seorang pesara kerana terlibat dalam penyelewengan tuntutan melibatkan 43 syarikat tempatan //
Pasangan terbabit merupakan antara pemilik salah sebuah syarikat yang dikesan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Topic Berkaitan
#Biro Tata Negara
#Mahkamah Majistret Kuching
#Rasuah
#seleweng wang
#tuntutan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan