awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes rogol

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
28/11/2024
06:11 MYT
Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes rogol
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata suspek adalah lelaki berusia lingkungan 40-an. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Bekas peserta program realiti komedi popular ditahan di bandar raya ini, awal pagi tadi, berhubung kes rogol seorang wanita berusia 20-an.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata suspek adalah lelaki berusia lingkungan 40-an.
"Suspek ditahan awal pagi tadi dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
"Dia direman selama lima hari mulai hari ini sehingga 2 Disember," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Topic Berkaitan
#kes rogol
#peserta program realiti
#program komedi
#pelawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan