awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pramugara dedah sindiket curi barang dalam kapal terbang

Sinar Harian
Sinar Harian
13/12/2023
22:40 MYT
Bekas pramugara dedah sindiket curi barang dalam kapal terbang
Tangkap layar video yang dimuat naik Atif Zul di TikTok pada Rabu.
SHAH ALAM: Seorang bekas pramugara syarikat penerbangan mendedahkan wujud sindiket yang menyelongkar beg dan mencuri barangan milik penumpang dalam pesawat.
Pengguna TikTok, Atif Zul berkata, ia kerap berlaku terutama bagi penerbangan dari China dan Hong Kong.
“Kalau dulu ada pengumuman khas melibatkan penerbangan ini yang mana kita suruh laporkan sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan.
“Jadi, ini adalah isu yang sangat biasa kalau penerbangan yang panjang,” katanya menerusi video yang dimuat naik pada Rabu.
Tambahnya, beg berjenama turut menjadi sasaran sindiket itu selain menasihati penumpang agar tidak menyimpan wang dalam jumlah yang besar.
“Secara realitinya, ini hakikat kalau bawa beg yang berjenama lebih-lebih lagi di dalamnya ada wang tunai pula yang menunjukkan kemewahan seseorang. Secara tidak langsung ia mencuri perhatian sindiket.
“Cadangan saya, letak beg anda bertentangan dengan tempat duduk supaya boleh nampak dengan jelas kalau orang selongkar.
“Kalau letak di ruangan atas kepala penumpang, anda tak akan tahu kalau ada orang cuba selongkar beg atau buat apa,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bekas pramugara
#sindiket menyelongkar beg
#curi barangan
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan