NATIONAL
Bekas Setiausaha Bahagian, Jabatan Perdana Menteri didakwa salah guna RM200,000

Azlan ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.
SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyalahgunakan sebahagian peruntukan Program Pemantapan Felda Madani 2024 berjumlah RM200,000, tahun lalu.
Ringkasan AI
- Datuk Azlan Johar, bekas Setiausaha Bahagian Felda JPM, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyalahgunakan RM200,000 daripada peruntukan Program Pemantapan Felda Madani 2024 dengan menyerahkan wang itu kepada abangnya untuk kegunaan peribadi.
- Kesalahan didakwa berlaku pada 7 September 2024 di Bandar Baru Bangi dan dituduh di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM25,000 dengan syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi; sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Julai 2025.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini pada jam 10 pagi, 7 September 2024.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin sementara tertuduh diwakili peguam dari Fadzil, Eddin Advocates & Solicitors.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, selain dilarang mengganggu saksi pendakwaan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Julai depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami