awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas setiausaha politik minta rasuah lulus projek percetakan buku antara dua ditahan SPRM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/09/2023
09:58 MYT
Bekas setiausaha politik minta rasuah lulus projek percetakan buku antara dua ditahan SPRM
Kedua-dua suspek itu ditahan kira-kira pukul 11 malam Jumaat ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Seorang bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan adalah antara dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta secara rundingan terus.
Sumber berkata, kedua-dua suspek itu ditahan kira-kira pukul 11 malam Jumaat ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
"Suspek pertama berusia dalam lingkungan 20-an yang juga bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan manakala suspek kedua merupakan pemilik syarikat berusia lewat 50-an.
"Mereka dipercayai bersubahat dengan bekas menteri kanan tersebut meminta dan menerima rasuah melalui syarikat suspek kedua daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku secara rundingan terus," katanya di sini, pada Sabtu.
Justeru, Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Nur Adilah bt Halid membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat dibawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#setiausaha politik
#Menteri Kanan
#tahan reman
#Rasuah
#SPRM
#percetakan buku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan