awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Speaker DUN Negeri Sembilan meninggal dunia

Bernama
Bernama
21/10/2023
09:15 MYT
Bekas Speaker DUN Negeri Sembilan meninggal dunia
Pemergian Naib Pengerusi Amanah negeri itu disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada parti yang amat dirasai seluruh ahli politik di Negeri Sembilan. - Gambar/ X Anwar Ibrahim
SEREMBAN: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar meninggal dunia pada usia 59 tahun di Hospital Serdang, Selangor hari ini.
Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman yang mengesahkan perkara itu berkata Zulkefly mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pada dua hari lepas kerana menghidapi komplikasi pelbagai masalah kesihatan dan perlu ditidurkan.
"Beliau dimasukkan ke ICU kerana didapati keadaan jantung lemah, kemudian doktor pakar ada beritahu saya bahawa Datuk Zulkefly juga ada beberapa penyakit lain yang menyebabkan komplikasi terbabit.
"Saya mendapat berita Allahyarham meninggal dunia kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Lenggeng untuk dimandikan serta disolatkan selepas asar ini. Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya ketika dihubungi di sini.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan itu berkata beliau mengenali Allahyarham Zulkefly lebih 25 tahun dan menyifatkan pemergian Naib Pengerusi Amanah negeri itu sebagai satu kehilangan besar kepada parti yang amat dirasai seluruh ahli politik di negeri ini.
Zulkefly memulakan karier politik bersama Pas dan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada 1999 di DUN Lenggeng.
Allahyarham pernah memegang jawatan Pesuruhjaya Pas dari 2007-2011. Setelah menyertai Amanah, Zulkefly bertanding di kerusi DUN Johol pada PRU14 dan Parlimen Jelebu pada PRU15, November tahun lepas.
Zulkefly dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan pada Julai 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas Speaker DUN Negeri Sembilan
#Zulkefly Mohamad Omar
#Lenggeng
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan