awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas timbalan pengarah jabatan kerajaan di Sabah bebas dengan ikat jamin RM500,000

Bernama
Bernama
19/10/2016
04:19 MYT
Bekas timbalan pengarah jabatan kerajaan di Sabah bebas dengan ikat jamin RM500,000
Tahanan reman bekas timbalan pengarah berusia 62 tahun itu, yang bersara pada tahun lalu sebelum dilantik sebagai penasihat teknikal dan kejuruteraan jabatan berkenaan, tamat hari ini. - Gambar hiasan
Seorang bekas timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 Okt lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.
Majistret Stephanie Sherron Abbie memerintahkan pembebasan penasihat teknikal dan kejuruteraan di sebuah jabatan kerajaan itu selepas mendengar permohonan SPRM yang diwakili peguam Mohd Faliq Basirudin.
Tahanan reman bekas timbalan pengarah berusia 62 tahun itu, yang bersara pada tahun lalu sebelum dilantik sebagai penasihat teknikal dan kejuruteraan jabatan berkenaan, tamat hari ini.
Walaupun dibebaskan, SPRM boleh memanggil suspek pada bila-bila masa jika diperlukan untuk membantu siasatan.
Suspek diwakili peguam Chin Teck Ming, Karpaljit Singh dan Baldev Singh.
Pada 4 Okt lalu, SPRM menahan empat orang suspek termasuk seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini, berhubung dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas itu dan merampas wang tunai lebih RM114.5 juta, barang kemas bernilai RM3.64 juta dan 127 geran tanah dianggarkan bernilai RM30 juta.
Bagaimanapun pengarah jabatan berkenaan dibebaskan pada 16 Okt lalu dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin selepas tempoh tahanan remannya tamat.
Tiga lagi suspek iaitu timbalan pengarah dan adiknya yang merupakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, dibebaskan pada 17 Okt masing-masing dengan RM500,000 dengan dua orang penjamin manakala akauntan kepada Datuk berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan dua orang penjamin.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM, Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 23 Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram. -- Bernama
Topic Berkaitan
#bekas timbalan pengarah
#penasihat kejuruteraan
#penasihat teknikal
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan