IPOH: Seorang bekas tukang cuci merancang mengerjakan umrah dan haji selepas menang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-96.
Mohd Nazri Abd Wazir, 61, dari Parit berkata pada mulanya beliau tidak percaya apabila menerima panggilan daripada pihak BSN pada 5 Feb lepas memaklumkannya sebagai pemenang cabutan bertuah berkenaan dengan hadiah RM1 juta.
Anak ketiga daripada tujuh beradik dan masih bujang itu mula menyimpan dalam BSN sejak 2003 untuk menabung bagi tujuan kecemasan.
"Selain merancang untuk mengerjakan haji dan umrah bersama ibu saya yang berusia 84 tahun, saya juga akan menggunakan wang ini untuk perbelanjaan harian.
"Pada mulanya saya hanya mencuba nasib kerana cabutan bertuah yang dimenangi ini merupakan sijil yang saya beli pada tahun lepas," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima replika cek hadiah tersebut pada majlis yang turut dihadiri Pengarah BSN Perak Mazlan Mat Jalil di sini hari ini.
Mohd Nazri berkata beliau memilih membuat simpanan dalam BSN SSP kerana berminat dengan hadiah lumayan yang ditawarkan dan juga tawaran dividen tinggi kepada penyimpan.
Sementara itu, pemenang cabutan ulang tahun BSN ke-50, Mohd Nasir Abdullah, 57, dari Kampung Gajah berkata beliau tidak menyangka sama sekali apabila terpilih menerima hadiah cabutan bertuah bernilai RM50,000.
"Saya mula menyimpan dalam BSN sejak bujang lagi namun sertai cabutan ini pada Jun tahun lalu. Wang yang saya menangi ini akan dimanfaatkan untuk tiga anak yang masih belajar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Mohd Nazri mula menyimpan dalam BSN sejak 2003 untuk menabung bagi tujuan kecemasan. - Gambar/ Astro AWANI
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Bekas tukang cuci menang RM1 juta
Seorang bekas tukang cuci merancang mengerjakan umrah dan haji selepas menang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-96.
Sumbangan Tunai Rahmah dibayar mulai hari ini
Kerajaan telah menaikkan bayaran STR fasa 1 kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah berbanding bayaran maksimum RM300 pada tahun lalu.
Pembayaran STR Fasa 1 bermula Isnin ini, manfaat 8.2 juta penerima - MoF
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima akan bermula Isnin ini (29 Jan).
Pengait buah kelapa sawit sekelip mata jadi jutawan dengan BSN SSP
Johan A/L Mat dari Dengkil, Selangor yang mula menyimpan dalam BSN SSP sejak 2013 menjadi jutawan BSN SSP ke-93 tahun ini.
Geran digital: Tiada ejen, pihak ketiga dilantik
Muhammad Kamil berkata, tidak ada ejen atau pihak ketiga dilantik seperti dakwaan seorang usahawan menerusi hantaran di aplikasi X.
Pinjaman RM1.4 bilion kepada penjaja, pengusaha kecil elak hutang 'ah long'
Kemudahan pinjaman perniagaan mikro BSN sebanyak RM1.4 bilion kepada penjaja dan pengusaha kecil menerusi Belanjawan 2024, mampu mengelakkan golongan itu meminjam daripada ah long.
Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP: BSN tawar BSN MyRinggit Insan-i
Ia ditawarkan kepada pencarum KWSP berumur 40 hingga 50 tahun yang tidak muflis dengan kedudukan kewangan yang memuaskan.
Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP: Permohonan bermula 7 April, dua bank terlibat
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian.
Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP: Ini perkara yang perlu anda tahu!
MBSB bank dan BSN akan mengambil bahagian dan Faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) antara 4% hingga 5%
BSN's interest-free personal loan increased up to RM10,000 for flood victims
Bank Simpanan Nasional (BSN) will now provide interest-free personal financing facility of up to RM10,000 to flood victims instead of up to RM5,000 announced last week.