PEMAIN bola tersohor dunia, Cristiano Ronaldo mendahului senarai atlet bergaji tertinggi Forbes buat kali keempat, sementara pemain golf ternama Sepanyol, Jon Rahm pula naik ke tangga kedua.
Ronaldo juga mengetuai senarai itu tahun lalu berikutan perpindahannya ke kelab bola sepak Arab Saudi, Al Nassr.
Majalah perniagaan Forbes berkata, pemain kelahiran Portugal berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
Kedudukan saingan terdekat Ronaldo iaitu Lionel Messi pula jatuh ke tempat ketiga di belakang Rahm.
Rahm melonjak ke tangga kedua selepas beralih ke jelajah LIV Golf yang dibiayai oleh Arab Saudi dan dilaporkan telah memperoleh AS$218 juta (RM1.02 bilion).
Forbes turut menyenaraikan dua lagi pemain bola sepak iaitu Neymar dan Karim Benzema dalam senarai 10 teratas selepas berpindah ke Liga Pro Saudi.
Giannis Antetokounmpo (kelima) menyertai rakan bintang bola keranjang LeBron James (keempat) dan Stephen Curry (kesembilan) dalam senarai, manakala pemain bola sepak Amerika, Lamar Jackson berada di tempat ke-10.
Menurut Forbes, 10 atlet bergaji tertinggi dunia secara kolektif memperoleh AS$1.38 bilion (RM6.5 bilion) sebelum cukai dan yuran ejen sepanjang 12 bulan lalu, yang merupakan jumlah tertinggi pernah direkodkan.
Berikut senarai 10 atlet terbaik dunia dengan gaji tertinggi 2024:
1. Cristiano Ronaldo, bola sepak: AS$260 juta (RM1.22 bilion)
2. Jon Rahm, golf: AS$218 juta (RM1.02 bilion)
3. Lionel Messi, bola sepak: AS$135 juta (RM633 juta)
4. LeBron James, bola keranjang: AS$128.2 juta (RM601 juta)
5. Giannis Antetokounmpo, bola keranjang: AS$111 juta (RM520.8 juta)
6. Kylian Mbappe, bola sepak: $110 juta (RM516 juta)
7. Neymar, bola sepak: $108 juta (RM506 juta)
Agensi
Thu May 16 2024
Cristiano Ronaldo mendahului senarai atlet bergaji tertinggi Forbes buat kali keempat dengan pendapatan yang direkodkan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu. - Gambar Instagram @cristiano
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
Gol akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu melengkapkan hantaran silang Vitinha dengan jaringan akrobatik mengatasi Marcin Bulka.
Cristiano Ronaldo tidak letak pelan jangka masa panjang
Cristiano Ronaldo telah mengakui tidak boleh memikirkan terlalu jauh lagi ketika dia menghampiri usia 40-an.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
Ronaldo nafi beraksi di Liga Pro Saudi kerana wang
Ronaldo menjelaskan bahawa perpindahannya ke Liga Pro Saudi bukan kerana wang, sebaliknya kerana minatnya yang tinggi terhadap bola sepak.
ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
Bintang JDT Arif Aiman kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
ACLE: Ronaldo, Laporte pacu kemenangan Al-Nassr
Selepas tiga perlawanan, ketiga-tiganya masih belum kalah - Al-Hilal dan Al-Ahli menduduki dua tempat teratas; Al-Nassr pula di tangga keempat.
Liga Pro Saudi: Penalti Cristiano Ronaldo selamatkan maruah Al-Nassr
Jaringan Ronaldo, pada minit ke-97 memberi kemenangan 2-1 dalam perlawanan dramatik ketika menentang pasukan tuan rumah, Al-Shabab, awal pagi tadi.