Bekas ahli parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah bernilai kira-kira RM230,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Pengakuan dibuat di hadapan hakim Kamaruddin Kamsun.
Beliau didakwa menggunakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada ketika itu untuk menerima deposit tunai berjumlah RM50,000 daripada syarikat percetakan Karya Hidayah Sdn Bhd, pada 6 September, 2013.
Manakala bagi pertuduhan kedua, Noor Ehsanuddin, 56 tahun, didakwa menggunakan jawatan sama menerima sebidang tanah bernilai RM180,000 di mukim Kota Tinggi daripada syarikat percetakan sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 23 Mac 2014 di Pejabat Daerah Kota Tinggi.
Hakim menetapkan 27 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Khazrin Haffiz Khalil.
Manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Thrichelvam dan Vincent Lawrence.
Kedua-dua pertduhan di dakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Astro Awani
Sun Feb 10 2019
Noor Ehsanuddin (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berupa wang ringgit RM50,000 serta sebidang tanah bernilai RM180,000 daripada sebuah syarikat pencetakan. --fotoBERNAMA
Turkiye gantung aktiviti perdagangan dengan Israel
Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan dengan Israel pada Khamis berikutan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
Remaja 13 tahun mengaku bakar anak kucing hidup-hidup
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu.
PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah
PKR akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur 11 Mei ini.
Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April.
AWANI Tonight: Microsoft to invest RM10.5 bil in cloud, AI services
Microsoft has pledged RM10.5 billion investment in artificial intelligence (AI) and cloud computing to help develop Malaysia’s AI infrastructure.
AWANI Tonight: UCLA pro-Palestine students in standoff with police
Hundreds of police officers made their way to the UCLA campus, warning pro-Palestinian demonstrators that they would be arrested for unlawful assembly if they did not leave.
AWANI Tonight: Building smart homes, innovating customer experiences
Around 500 to 700 million LG products are in use worldwide, many of which contain AI sensors to learn and analyse users' lifestyles. Astro AWANI correspondent Faye Kwan reports on how the firm makes use of its access to this wealth of data.
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Hentikan boikot KK Mart - Mufti Perak
Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh menasihatkan umat Islam agar menghentikan tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu cawangan kedai serbaneka itu.
[INFOGRAFIK] Indeks Kebebasan Media Dunia 2024
[INFOGRAFIK] Indeks Kebebasan Media Dunia 2024
Bekas wakil rakyat Kota Tinggi mengaku tidak bersalah terima rasuah
Beliau didakwa menggunakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada ketika itu.