Bekas yang dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di negeri ini yang ditahan berhubung rasuah dan salah guna kuasa, dibebaskan semalam dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu disahkan oleh peguam suspek, Datuk Hanif Hassan.
"Suspek telah dibebaskan semalam dengan ikat jamin RM15,000," katanya ketika dihubungi.
Suspek berusia 63 tahun dan bergelar Datuk itu ditahan SPRM pada 13 Feb lalu kerana dipercayai melakukan salah guna kuasa ketika memegang jawatan pegawai daerah dan YDP perbandaran di negeri ini, antara September 2009 hingga Ogos 2016.
BACA: SPRM tahan bekas YDP terlibat rasuah
Dua lagi kontraktor yang turut ditahan berhubung kes sama dibebaskan pada Isnin, juga dengan jaminan SPRM.
Dua kontraktor terbabit disyaki dianugerahi beberapa projek membabitkan pejabat daerah dan majlis perbandaran yang diterajui oleh suspek.
--BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017
Suspek berusia 63 tahun dan bergelar Datuk itu ditahan SPRM pada 13 Feb lalu kerana dipercayai melakukan salah guna kuasa ketika memegang jawatan pegawai daerah dan YDP. - Foto BERNAMA
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Nur Shazrin masih plilhan utama ke Paris - MSA
MSA tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Rasuah: Seorang lagi bekas YDP PBT didakwa esok
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang lagi bekas Yang Dipertua (YDP) sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Mahkamah Sesyen, esok.
Bekas YDP dibebaskan semalam dengan jaminan SPRM
Bekas YDP majlis perbandaran sebuah daerah di negeri ini yang ditahan berhubung rasuah dan salah guna kuasa, dibebaskan semalam dengan jaminan SPRM.