INTREND
"Bekerja Keras Untuk Lakonan Terbaik"- Keith Foo

Nah! Inilah wajah yang berani ambil risiko untuk jatuh kasih, Siti Saleha dan Keith Foo. Tahun 2015 bakal menyaksikan dua wajah kacukan ini bertamu kalbu dan mengerat rasa dalam filem arahan Osman Ali, Langit Cinta yang amat dinantikan. Ya, sebuah kisah yang diolah dan dirumus semula daripada novel nukilan Fauziah Ashari. Sebarisan nama-nama gah membintangi filem ini, selain Keith dan Saleha, Nur Fazura meneraju utama dibantu Farid Kamil, Fauziah Ahmad Daud dan Zaidi Omar. Khabarnya filem ini juga bakal disokong runut bunyi indah gabungan suara Anuar Zain dan Dato Siti Nurhaliza. Hanya yang terbaik sahaja untuk filem yang paling dinanti-nantikan ini. Selain daripada itu, Keith Foo dan Siti Saleha bakal meniti 2015 sama sinaran nan terang bikin suluh jalan kerjaya.
Filem yang dinantikan. Pilot Café lakonan Keith bakal dipertontonkan, juga pada Februari ini. Ya, 2015 bakal mengangkat dua nama ini ke pentas seni paling tinggi jikalau mereka bekerja keras.

Bagaimana berkarya sama Osman Ali?
Keith pandang serius setiap tugas yang diamanahkan. Kala berada di set penggambaran mahupun ketika bikin homework perihal watak, Keith mahu berikan 110 peratus agar dapat impress para penonton dan sutradara yang sudah beri kepercayaan kepada kita. Maka untuk bekerja sama Osman Ali tidak sukar kerana dia juga punya kecintaan yang sama terhadap bidang tugasnya Ini bikin Keith mahu bekerja lebih keras dan memberi hasil lakonan terbaik.
Tidak sukar berkarya sama nama-nama lain dalam filem ini?
Nur Fazura dan Keith adalah teraju utama dalam Langit Cinta, kami punya chemistry kerja yang cukup menjadi walhal belum pernah bekerjasama sebelum ini. Begitu juga dengan Siti Saleha dan Farid Kamil, kami jalin persahabatan yang baik dan banyak luangkan waktu bersama. Gembira dapat bekerja dengan mereka.
Teks & Penata Gaya: @veliciousvass
Fotografi: @chuanlooi dari Yipieyaya Studio
Arahan Seni: @aznistoria
Penyelaras: @ziaf_damahom Pembantu Penyelaras: @rosie.rania Solekan: @kf_bong dibantu @eldorasd Dandanan: @meshsubra On @keithfoo: Jaket kulit & celana @Dior Homme On @sallywho: Dress multicetak, Dior Video: @bermaid & James Props: Terima kasih En. Fahmi untuk Motosikal Triumph Tiger Cub

Fotografi: @chuanlooi dari Yipieyaya Studio
Arahan Seni: @aznistoria
Penyelaras: @ziaf_damahom Pembantu Penyelaras: @rosie.rania Solekan: @kf_bong dibantu @eldorasd Dandanan: @meshsubra On @keithfoo: Jaket kulit & celana @Dior Homme On @sallywho: Dress multicetak, Dior Video: @bermaid & James Props: Terima kasih En. Fahmi untuk Motosikal Triumph Tiger Cub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami