awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beku akaun: Bersatu pertimbang tindakan undang-undang terhadap SPRM, bank

Bernama
Bernama
01/12/2024
09:38 MYT
Beku akaun: Bersatu pertimbang tindakan undang-undang terhadap SPRM, bank
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC hari ini. - Bernama
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bank berkaitan susulan pembekuan akaun parti berkenaan.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tindakan pembekuan akaun bank yang dikenakan SPRM terhadap Bersatu adalah satu penyalahgunaan kuasa kerana parti berkenaan tidak pernah dituduh atas kesalahan undang-undang.
"Mereka tak cerita kenapa akaun masih dibekukan. Kita berpendapat bahawa tindakan ini menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media selepas menangguhkan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ketujuh di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) di sini hari ini.
Beliau berkata ketika ini peguam Bersatu sedang meneliti tindakan yang boleh diambil kerana mengikut undang-undang yang berkaitan dengan hal itu, pihak terlibat hanya boleh membekukan akaun dalam tempoh 12 bulan, tetapi dalam kes Bersatu selepas tempoh 12 bulan akaun masih dibekukan.
Pada 30 Jan tahun lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan suruhanjaya itu membekukan akaun Bersatu untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki diperoleh parti berkenaan daripada hasil haram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#tindakan undang-undang
#SPRM
#pembekuan akaun parti
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan