KOTA KINABALU: Pemain Sabah FC perlu belajar daripada kekecewaan selepas tewas dengan gol saat akhir pada aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi, dan bangkit menjadi pasukan lebih kuat pada aksi seterusnya.
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata beliau tidak menyalahkan sesiapa berikutan kekalahan itu, namun berharap anak buahnya dapat memperbaiki corak permainan dan mengelak melakukan kesilapan dalam perlawanan selepas ini, selain bijak mengawal diri sehingga perlawanan tamat.
"Kita sangat kecewa apabila dibolosi pada minit-minit akhir terutamanya kepada penyokong yang hadir...amat sukar untuk kita terima namun kita tidak boleh menidakkan bahawa JDT adalah pasukan yang baik.
"Kita tahu JDT bermain sepertimana mereka sentiasa bermain dan kita berjaya mengekang asakan yang mereka lakukan, namun sepakan percuma (pada saat akhir permainan) yang memisahkan Sabah dan JDT," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Likas di sini malam tadi.
Pada perlawanan melibatkan dua pasukan teratas Liga Super itu, Sabah tewas kepada JDT di laman sendiri dengan keputusan 2-1, apabila Fernando Forestieri menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.
Ditanya mengenai prestasi kurang memberangsangkan ditampilkan pemain import baharu Sabah FC Jose Embalo, Kim Swee berkata perlawanan Sabah dan JDT malam tadi sangat pantas dan Embalo sentiasa bermain bersendirian di bahagian serangan selain terpaksa berdepan dua hingga tiga pemain lawan.
"Dengan permainan seperti itu, walaupun kita meletakkan seorang penyerang terbaik mereka juga akan sukar apabila sentiasa berhadapan dengan dua hingga tiga pemain," katanya.
Sementara itu, pengendali JDT Benjamin Mora berkata JDT berhadapan kesukaran untuk menentang Sabah kerana semangat pemain skuad The Rhinos yang sentiasa melawan tanpa putus asa.
"Pada awal permainan kami cuba memberi tekanan dan menyerang sambil mencipta banyak peluang tetapi gagal menjaringkan gol, ia perlawanan yang sukar dan kami berjaya mendapat gol kemenangan pada saat-saat akhir," katanya.
Sabah dijadual berdepan Terengganu FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Selasa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022
Kim Swee berharap anak buahnya dapat memperbaiki corak permainan dan mengelak melakukan kesilapan dalam perlawanan selepas ini. - Gambar fail
Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi
Sebanyak 820 syarikat atau 81.3 peratus daripada keseluruhan 1,009 syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia patuh Syariah setakat 27 Mei, 2024, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Capital A catat kerugian bersih RM91.55 juta pada suku pertama 2024
Capital A Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM91.55 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024 berbanding keuntungan bersih RM57.09 juta padatempoh yang sama tahun lepas.
Pahang berjaya noktahkan kemiskinan tegar - MB
Pahang berjaya menoktahkan kemiskinan tegar semalam selari dengan aspirasi kerajaan sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Hampir 20 peratus wilayah Indonesia mula alami musim kemarau
Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.
KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer
Kerajaan rancang enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini, galak eksport francais
Kerajaan dengan kerjasama MFA merancang melaksanakan enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini dengan objektif untuk memupuk dan menggalakkan lebih banyak eksport francais ke luar negara.
Rangka manusia ditemukan dalam belukar
Siasatan awal kita bagaimanapun tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah yang berlaku di sebalik penemuan rangka manusia itu.
Penghantaran bantuan melalui udara ada baik, ada buruk - KHOM
Penghantaran bantuan kemanusiaan melalui udara ada risiko keselamatan kepada orang awam secara umum.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Sabah FC tapis Awang import
Ong berkata, Sabah FC masih meneliti prestasi dan keupayaan pemain tersebut walaupun telah menyertai sesi latihan sejak beberapa hari lalu.
Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.
Piala AFC: Macarthur bukan lawan mudah - Kim Swee
Sabah FC menyifatkan aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang wakil dari Australia, Macarthur pada Selasa sebagai perlawanan yang sukar.
Piala AFC: Kim Swee tagih aura penyokong Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee menyeru penyokong Sabah FC agar dapat menjelmakan sokongan padu dalam menggalas misi Piala AFC bertemu wakil Vietnam, Hai Phong FC.
Piala AFC: Darren Lok beri aksi terbaik
Usaha yang gigih dipamerkan setiap pemain Sabah, terutama Darren Lok, perlu diberikan pujian.
'Peluang tebus maruah negara'
Kim Swee percaya kehadiran Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine mampu beri 'kesegaran' buat Harimau Muda mengharungi tugasan kali ini.
Jurulatih tempatan, luar negara perlu jaga dengan penuh hormat - PJBM
Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia gesa semua pihak berkaitan untuk melayan kesemua jurulatih sama ada tempatan mahupun luar negara dengan penuh hormat.