DATUK Ong Kim Swee menyeru penyokong Sabah FC agar dapat menjelmakan sokongan padu kepada mereka dalam menggalas misi Piala AFC bertemu wakil Vietnam, Hai Phong FC, di Stadium Likas, malam esok.

Begitupun, sambutan perlawanan ini agak suram tetapi baginya, sorakan penyokong cukup penting bagi membakar semangat anak buahnya yang sebelum ini tewas 2-3 ketika bertandang di tempat lawan bulan lalu.

"Rekod kami di Likas (kerap menyaksikan) kami dapat gol awal terutama dalam separuh masa pertama tapi kami tidak boleh leka kemudian dibolosi.

"Kami perlu kekal fokus dari awal hingga habis permainan.

"Kami perlu sempurnakan peluang dan kalau kami kekal disiplin, kami perlu dapat apa yang diingini.

"Saya dapat tahu tiket pada malam esok tidak berapa laris. Mungkin sebab sudah lama tiada perlawanan di Stadium Likas.

"Saya harap penyokong hadir kerana perlawanan ini cukup penting untuk kami melangkah ke peringkat seterusnya.

"Kehadiran mereka akan banyak motivasi kepada pemain untuk kami melakukan perkara yang lebih baik," katanya Kim Swee.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro