Keputusan memilih negara Belanda sebagai lokasi perbicaraan mana-mana suspek yang ditahan berkaitan insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh tiga tahun lepas merupakan satu tindakan tepat, menurut pakar penerbangan tempatan.
Mereka menyifatkan, pemilihan Belanda bukan sahaja kerana kebanyakan mangsa pesawat malang itu dari negara tersebut malah kerana kredibiliti Amsterdam yang mempunyai mahkamah antarabangsa di The Hague melayakkan mereka mengetuai perbicaraan itu.
Bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata Belanda sememangnya layak kerana negara itu sendiri mengetuai pasukan penyiasat bersama (JIT) berhubung insiden itu selain Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.
Mengulas lanjut, Abdul Rahmat berkata sebelum memulakan sebarang perbicaraan, JIT perlu terlebih dahulu menamakan suspek kejadian.
"Suspek hanya boleh dinamakan sekiranya kedua-dua pihak bertelagah (Ukraine dan Rusia) memberi kerjasama penuh dalam siasatan, dan siasatan dijalankan secara adil, tidak berpihak kepada mana-mana negara bertelagah.
"Begitu juga dengan hukuman. Sama ada ia akan diiktiraf pihak yang didapati bersalah adalah menjadi tanda soal yang amat besar. Banyak kes yang hukumannya dijatuhkan secara tanpa kehadiran pihak tergugat sehingga kini tidak dapat dilaksanakan.
"Oleh itu, JIT perlu menamakan suspek setelah mempunyai bukti yang amat kukuh dan tidak lut persoalan," katanya kepada Bernama.
Rabu lepas, dilaporkan negara-negara dalam JIT bersetuju bahawa sebarang perbicaraan akan diadakan di bawah sistem undang-undang Belanda yang mana suspek perlu didakwa di Belanda berteraskan kerjasama dan sokongan antarabangsa.
Sementara itu, juruterbang pandu uji Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata pemilihan Belanda adalah tepat dan rakyat negara tersebut menantikan keadilan dilaksanakan di tanah air mereka sendiri selepas majoriti mangsa adalah dari negara itu.
Beliau berkata hasil daripada perbicaraan tersebut mampu memberi 'penutupan' kepada mereka yang berkaitan nahas tersebut, sekali gus mengharapkan kepada mahkamah antarabangsa di The Hague yang terkenal dalam mengendalikan beberapa kes kes antarabangsa yang berprofil tinggi yang mana keputusannya majoriti diterima oleh negara-negara lain.
"Menjatuhkan hukuman lazimnya mengikut prosedur-prosedur yang jitu. Namun begitu, untuk melaksanakan hukuman adalah sesuatu yang penuh berliku kerana pengaruh politik sebuah negara yang besar memainkan juga peranan," katanya.
Mohd Harridon berpendapat langkah seterusnya yang boleh dilakukan JIT ialah untuk membantu mahkamah dalam proses penyediaan data dan informasi yang mendalam untuk digunakan kelak dalam perbicaraan.
Beliau menarik perhatian, JIT juga digalakkan untuk membuat analisa yang mendalam akan bukti-bukti yang dikumpul menggunakan perspektif dan metodologi yang lain untuk tuntutan balas pihak yang disabitkan kesalahan kerana pihak yang disabit akan mengeluarkan versi analisa mereka yang tersendiri.
MH17 ditembak jatuh semasa terbang pada ketinggian 30,000 kaki di kawasan bergolak di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.
Pada 28 Sept 2016, JIT membuat kesimpulan bahawa pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.
Wilbert Paulissen, ketua pasukan penyiasat kebangsaan Belanda, berkata peluru berpandu Buk itu dibawa semula ke Rusia selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 itu ditembak jatuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2017
Pada 28 Sept 2016, JIT membuat kesimpulan bahawa pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine. - Gambar fail
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Belanda lokasi tepat bicara suspek MH17 - Pakar
Keputusan memilih negara Belanda sebagai lokasi perbicaraan mana-mana suspek yang ditahan berkaitan insiden pesawat MH17 adalah tepat.