Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Mohamad Satim Diman menyifatkan Belanjawan 2013 Selangor yang dibentang hari ini tidak mempunyai sebarang keistimewaan yang boleh
dibanggakan.
Beliau sebaliknya berkata pembentangan belanjawan itu adalah satu cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada mempersoalkan janji Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP yang tidak dapat dilaksanakan sejak pilihan raya umum lepas.
Ini kerana, katanya berdasarkan belanjawan negeri itu, kerajaan negeri hanya memberikan tumpuan kepada janji baru dengan melaksanakan projek mega seperti pembinaan jambatan ketiga di Klang, penggunaan Storm Water di hiliran sungai dan menaik taraf saliran dan membina rumah mampu milik pasang siap.
"Namun, apabila meneliti belanjawan negeri 2013, kerajaan negeri tidak menyalurkan kepada program pembangunan rakyat seperti penyelesaian kepada masalah petani dan usahawan... yang kita nampak projek mega sahaja.
"Sepatutnya, kerajaan negeri dalam belanjawan kali ini memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan janji-janji yang dibuat kepada rakyat pada pilihan raya umum 2008, bukan buat janji ataupun program baru," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2013 berjumlah RM1.63 bilion oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang DUN di sini hari ini.
Dalam belanjawan bertemakan 'Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia’, sebanyak RM996.98 juta atau 61 peratus adalah untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM633.01 juta atau 39 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.
Abdul Khalid turut mengumumkan peruntukan wang rizab kerajaan negeri sebanyak RM500 juta yang antara lain akan digunakan untuk membina jambatan ketiga di Klang yang menelan belanja RM300 juta serta RM100 juta bagi memulakan pelaksanaan penggunaan Storm Water di hiliran sungai sebagai air terawat.
Manakala peruntukan RM100 juta lagi akan dibelanjakan untuk membaiki dan menaik taraf sistem saliran di Selangor serta membina rumah mampu milik pasang siap yang dikendalikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Persidangan bersambung esok.
Bernama
Mon Nov 19 2012
Siti Nurhaliza tak kisah sertai festival muzik, terbuka terima pelawaan penganjur
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
Penghormatan: Pemimpin disegani meninggalkan legasi
Pemimpin negara memberikan penghormatan terakhir kepada Yang DiPertua Dewan Negara, Mendiang Datuk Mutang Tagal.
Perhilitan pindah gajah rosak tanaman penduduk di Hulu Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah jantan yang berkeliaran sejak dua minggu lepas di Kampung Pak Sik di Hulu Besut hari ini.
Polis tak terima laporan isu 3R sepanjang kempen
Polis turut berpuas hati dengan kerjasama semua pihak bertanding yang mematuhi ketetapan yang dikeluarkan.
[TERKINI] Reuters tidak laporkan Malaysia sebagai negara pengganas
Laporan berita dikaitkan dengan reuters.
Yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.
Yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.
Pusat hiburan dibaling bom petrol: Dua lagi individu diberkas
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua suspek diberkas pada Sabtu.
PRK KKB: Warga emas lumpuh tekad keluar mengundi walau terpaksa diusung
Zul berkata dia tidak mahu melepaskan peluang memilih wakil rakyat yang akan memperjuangkan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.
Indonesia: Wanita temui ajal selepas cabut gigi geraham
Seorang wanita yang mencabut sebatang gigi gerahamnya atas nasihat doktor di Ngawi, Jawa Timur telah meninggal dunia baru-baru ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen - Ketua Polis Negara
Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu berlangsung.
Belanjawan 2013 S'gor tiada yang istimewa, kata ketua pembangkang negeri
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Mohamad Satim Diman menyifatkan Belanjawan 2013 Selangor tidak mempunyai sebarang keistimewaan yang boleh dibanggakan.