awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2014 : Shafie harap peruntukan luar bandar dipertingkat

Bernama
Bernama
24/08/2013
14:00 MYT
Belanjawan 2014 : Shafie harap peruntukan luar bandar dipertingkat
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap usul kementeriannya agar peruntukan luar bandar dinaikkan dalam Belanjawan 2014 akan diterima kerajaan.
"Ini adalah antara perkara yang saya sendiri utarakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Aidilfitri Umno Cawangan Kampung Kubang, Labu, dekat sini hari ini.
Katanya kementerian itu berpandangan peningkatan peruntukan tersebut wajar kerana kawasan luar bandar merupakan kawasan 'kekuatan' kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.
"Saya hendak peruntukan itu dapat disusun sebaik mungkin agar setimpal dengan keperluan masyarakat luar bandar yang selama ini telah memberi sokongan cukup padu kepada kerajaan BN," katanya.
Sementara itu mengenai penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Mohd Shafie berkata usaha sedang dilakukan bagi mengenal pasti lokasi sesuai untuk dibangunkan RTC di seluruh negara.
"Kita tumpukan di kawasan yang kita yakin perlukan RTC dan RTC terbaharu yang akan diwujudkan ialah di Johor Baharu," katanya.
Menurut Mohd Shafie pihaknya akan berbincang dengan semua kerajaan negeri termasuk Negeri Sembilan bagi menubuhkan RTC di negeri masing-masing.
Setakat ini hanya Melaka, Perak, Kelantan dan Pahang mempunyai RTC. RTC ialah hab yang bukan sahaja membolehkan usahawan memasarkan produk mereka tetapi juga menjadi tempat latihan selain menempatkan beberapa agensi kerajaan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2014
#BN
#PM
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan