awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2020: Orang luar boleh beli rumah dengan hanya RM600,000

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2019
10:02 MYT
Belanjawan 2020: Orang luar boleh beli rumah dengan hanya RM600,000
Nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 untuk pemilikan asing akan dikurangkan pada 2020. - Gambar hiasan
Kerajaan akan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 untuk pemilikan asing.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, langkah itu dilaksanakan bagi mengurangkan lambakan kondominium dan pangsapuri yang tidak terjual.
“Lambakan itu dianggarkan berjumlah RM8.3 bilion pada suku kedua tahun 2019,” katanya sewaktu membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Selain itu, Guan Eng berkata, kerajaan dengan kerjasama sektor swasta telah melancarkan Kempen Pemilikan Rumah di mana pemaju menawarkan sekurang-kurangnya diskaun 10 peratus untuk hartanah yang layak dan akan dipadankan dengan pengecualian duti setem.
“Setakat ini, sebanyak kira-kira 21,000 unit rumah bernilai RM13.44 bilion telah berjaya dijual di bawah kempen ini yang melebihi sasaran jualan awal sebanyak RM3 bilion.
“Oleh itu, kerajaan juga telah melanjutkan tarikh akhir kempen ini selama enam bulan lagi daripada 30 Jun kepada 31 Disember 2019,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2020
#Dewan Rakyat
#kondominium
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#orang luar
#pangsapuri
#pemilikan
#senangkanyangsusah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan