awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Bidang TVET terus diperkasa

Hakim Rahman
Hakim Rahman
06/11/2020
11:06 MYT
Belanjawan 2021: Bidang TVET terus diperkasa
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sebanyak RM300 juta disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK iaitu peningkatan RM100 juta. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kerajaan terus memperkasa bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dengan peruntukan sebanyak RM6 bilion.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sebanyak RM300 juta disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK iaitu peningkatan RM100 juta.
"Bagi menyediakan pinjaman kepada 24,000 peserta program TVET di institusi latihan kemahiran awam dan swasta, RM300 juta disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK iaitu peningkatan RM100 juta," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.
Kerajaan turut memperkenalkan Sistem Latihan Dual Nasional Plus dengan elaun bulanan dinaikkan daripada RM625 kepada RM1,000 untuk menggalakkan lebih banyak penglibatan industri melaksanakan program berteraskan TVET.
"Inisiatif ini melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM60 juta dan memberi manfaat kepada 10,000 peserta," kata Tengku Zafrul.
Tambahnya, sebanyak RM29 juta juga diperuntukkan bagi melaksanakan program-program TVET di bawah KPT antaranya inisiatif pendidikan Islam dan pembelajaran sepanjang hayat kepada 15,000 pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok.
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021
Topic Berkaitan
#TVET
#kemahiran
#pendidikan
#Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
#institusi latihan kemahiran awam
#PTPK
#Islam
#Sistem Latihan Dual Nasional Plus
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan