KUALA LUMPUR:Peruntukan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM4.5 billion kepada Sarawak melalui pembentangan Belanjawan 2021 perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk merapatkan jurang fizikal dan digital di negeri itu.
Menurut Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Madya Dr Rossazana Ab Rahim, perkara pertama yang harus diberi fokus adalah pembangunan jaringan jalan raya di negeri berkenaan.
"Yang pertama, dana tersebut perlu digunakan untuk memantapkan jaringan jalan raya di Sarawak.
"Kita perkukuhkan jurang antara bahagian-bahagian di negeri itu kerana ia dapat memberi kesan yang positif khususnya dalam pertumbuhan sosio-ekonomi di bandar dan luar bandar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat..
Jelas Dr Rossazana, sekiranya jaringan jalan raya itu dapat direalisasikan, ia mampu memacu ekonomi rakyat di pelbagai peringkat meskipun berdepan cabaran geografi yang luas.
BACA: Belanjawan 2021: Dana pembangunan RM5.1 bilion untuk Sabah, RM4.5 bilion Sarawak
Antara lain, tumpuan juga perlu diberikan dalam membangunkan sektor pendidikan Sarawak.
Beliau berpandangan, sekolah-sekolah daif perlu dinaik taraf bagi memacu sektor pendidikan yang jelas memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.
"Kita lihat dari sisi teori ekonomi. Pendidikan itu sangat penting. Jadi melalui konteks ini, pembangunan sekolah daif perlu menjadi keutamaan pihak kerajaan negeri.
"Ini kerana aspek itu nyata memberi kesan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya.
Ujarnya lagi, peruntukan dana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat itu adalah penting untuk Sarawak melonjak kembali matlamat pembangunan negeri ketika dalam perang COVID-19.
Perkara itu secara tidak langsung katanya dapat menghidupkan aspirasi digital yang dilihat amat relevan dengan perkembangan semasa.
Sementara itu beliau turut menyentuh berkenaan pemberian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara bersasar kepada rakyat.
Jelasnya, pemberian berkenaan memberi manfaat besar dalam melonjakkan semula ekonomi khasnya golongan sasar.
"Jadi bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan ini dapat memberi impak yang positif demi kelangsungan rakyat.
"Ini juga membolehkan mereka melibatkan diri dengan perusahaan mikro. Melalui cara ini, mereka boleh terlibat secara langsung dalam bidang bidang perniagaan, meskipun dengan modal yang kecil," katanya.
BACA: Belanjawan 2021: Bantuan tunai diteruskan bawah Bantuan Prihatin Rakyat
Nickyson Nyambar
Fri Nov 06 2020
Menurut Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Prof Madya Dr Rossazana Ab Rahim, pemberian dana seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat mampu melonjak kembali ekonomi Sarawak. -Gambar Astro AWANI
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.