KUALA LUMPUR:Elaun Sara Hidup Nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
"Lebih 40,000 nelayan akan menikmati bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM151 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Sementara itu, beliau berkata, tumpuan turut diberi kepada peneroka FELDA.
"Bagi membantu peneroka FELDA, kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka dan menyediakan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata peruntukan bagi Insentif Pengeluaran Getah akan ditingkatkan sekali ganda daripada RM150 juta kepada RM300 juta ringgit pada tahun hadapan.
Katanya, dengan kenaikan itu, pendapatan 150,000 pekebun kecil getah persendirian dapat distabilkan.
Jelasnya, peruntukan itu bagi membantu pekebun kecil getah dalam keadaan harga pasaran rendah.
"Selain itu, RM1.7 bilion ringgit disediakan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan.
"Antaranya subsidi harga padi sebanyak RM570 juta, subsidi dan insentif tanaman padi berjumlah RM960 juta termasuk subsidi baja padi bukit yang diperkenalkan semula sebanyak RM40 juta.
"Kesemua bantuan ini dijangka memanfaatkan lebih 300,000 pesawah di seluruh negara termasuk penanam padi bukit di Nabawan, Sabah dan Kanowit, Sarawak,"
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021
Astro Awani
Fri Nov 06 2020

Lebih 40,000 nelayan akan menikmati bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM151 juta. -Gambar fail

Siti Nurhaliza raih enam anugerah Joox, atasi Justin Bieber
Siapa kata artis Malaysia tidak dikenali di mata dunia? Jika ada yang masih mempunyai anggapan sedemikian, ternyata anda silap sama sekali!

Sektor IKS: Kerajaan disaran fokus pada isu membelenggu IKS pasca COVID-19
Penyampaian pakej stimulus yang kurang berkesan, ketidakseimbangan polisi pendigitalan dan automasi dengan realiti sebenar perniagaan, serta kerumitan penguatkuasaan, antara isu yang menjejaskan kemampanan industri Perniagaan Kecil dan Sederhana (IKS).

Macau Scam | 11 suspek direman di bawah POCA
Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu membenarkan 11 suspek yang dipercayai ahli sindiket Macau Scam direman selama 21 bagi siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.

PERMAI | RM150 juta lagi diperuntukkan untuk GKP
Sebanyak RM150 juta lagi peruntukan tambahan disalurkan kepada Geran Khas Prihatin (GKP) di bawah Pakej Bantuan Khas Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Cerita Sebalik Berita: Cabaran kelangsungan PdPR guru pendidikan khas
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Bayaran BPN 2.0 | Ambil masa seminggu dikreditkan
Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.

Cerita Sebalik Berita: Proses penghantaran bekalan asas kepada Orang Asli
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

150,000 komputer riba diedar kepada pelajar bulan depan - Menteri Kewangan
Pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dipercepatkan kepada bulan depan.

Tun Mahathir mahu saya letak jawatan kerana tentangan orang Melayu - Tommy Thomas
Pendedahan dibuat Tommy Thomas dalam buku terbaharunya, My Story: Justice in the Wilderness.

PKPD di Penjara Marang dan Pusat Koreksional Dungun esok - Ismail Sabri
Sejak 24 April 2020, seramai 111,239 individu telah pulang ke tanah air dengan 969 tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada Selasa serta sudah mula dikuarantin.

Gapenas buat laporan polis kenyataan Anwar yang didakwa menghasut
Gapenas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara berikutan kenyataan menghasut yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin

Proklamasi Darurat: Khairuddin kemuka saman pemula kepada Muhyiddin, Kerajaan Malaysia
Khairuddin berkata, perkara itu tidak wajar sama sekali lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli Parlimen.

Potong gaji, elaun wakil rakyat secara sukarela, tidak perlu usul - Shahidan Kassim
Pemotongan gaji atau elaun antara 10 hingga 20 peratus itu boleh dibuat secara sukarela dan kesedaran setiap ahli bagi membantu rakyat.

Proklamasi Darurat: Parlimen Malaysia teruskan proses semak, imbang - Azhar Azizan
Parlimen Malaysia akan terus menjalankan fungsinya di dalam proses semak dan imbang sebagai institusi unggul badan perundangan negara, kata Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Dari sudut perundangan, kerajaan PN masih lagi sah, teguh - Pakar Perlembagaan
Dari sudut perundangan, kerajaan Perikatan Nasional pimpinan perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat masih lagi sah dan berdiri teguh.

Hilang majoriti: Sidang Khas Dewan Rakyat boleh dipanggil - Pakar Perlembagaan
Ketika ini Muhyiddin memiliki 110 sokongan ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyatakan tidak lagi menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu.

Kerajaan Muhyiddin masih sah, UMNO perlu tentukan benarkan ahli tarik sokongan - Penganalisis
UMNO perlu menentukan adakah parti itu membenarkan ahlinya menarik sokongan sebegitu sahaja, atau ia perlu dibuat secara 'en bloc'.

Terbit kad laporan Ahli Parlimen perlu jadi budaya
Budaya politik ketika ini hanya melihat tanggungjawab seseorang ahli politik itu adalah kepada parti yang disertai dan bukannya penduduk di kawasan yang diwakili.

"Pi baliklah" - Ulas Tun Mahathir sinis mengenai dakwaan Anwar
Tun Mahathir berkata, Anwar sendiri yang menolak bulat-bulat tawarannya untuk kembali mengukuhkan PH selepas dijatuhkan dari Putrajaya.