KUALA LUMPUR :Perbalahan demi perbalahan berkaitan Belanjawan 2021 menunjukkan kerajaan dan pembangkang sebenarnya tiada hala tuju dan matlamat jelas mengenai belanjawan itu.
Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, saling tidak bersetuju adalah perkara normal namun jika terlalu kerap, tindakan itu menunjukkan kelemahan kedua-dua pihak berkenaan.
Menurut beliau, percaturan masih berlaku selepas bacaan kali kedua dan meskipun kerajaan menyatakan belanjawan itu untuk semua pihak itu namun rakyat tidak melihat perkara itu berlaku.
"Saya fikir ini adalah zaman atau era di mana Malaysia dikatakan berada di tahap tiada kepimpinan di mana blok kerajaan, kalau kita lihat dalam undian peringkat jawatankuasa, undian mereka tidak mencecah 112 undi.
“Begitu juga dengan pembangkang, mereka hanya mencapai tahap sokongan di peringkat jawatankuasa, tidak sampai 100, itu pun sekali saja masa undian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
“Kedua-dua belah pihak menunjukkan disiplin yang longgar,” katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Selasa.
Tambah beliau, rakyat dan pembangkang memberikan pelbagai cadangan untuk penambahbaikan belanjawan dan kini mereka perlu menilai adakah kerajaan responsif terhadap cadangan itu.
“Jika mereka tidak memberi reaksi yang positif kepada cadangan diberikan rakyat dan pembangkang, kita lihat kerajaan hari ini agak selesa apabila mereka berjaya melepasi beberapa fasa bacaan kali kedua dan peringkat jawatankuasa.
“Di pembangkang pula, perancangan mereka untuk kritik kerajaan dari sudut butiran belanjawan tetapi sejauh manakah pembangkang serius dalam memastikan kerajaan mengambil kira pandangan ini selepas perbahasan berlaku,” ujarnya.
Beliau berkata, seperti kelazimannya sebelum ini, cadangan pembangkang sering diketepikan selepas perbahasan selesai.
Ridauddin Daud
Tue Dec 15 2020
Percaturan masih berlaku selepas bacaan kali kedua dan meskipun kerajaan menyatakan belanjawan itu untuk semua pihak itu namun rakyat tidak melihat perkara itu berlaku. - Gambar fail BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.